Lebih Ruang Pada,
Harga Yang Sama

Nilai Yang Tiada Tandingan

Menampilkan keluasan hadapan rumah sehingga 39.5 kaki dan taman yang luas. Kediaman ini menyediakan ruang yang maksimum di dalam dan luar rumah. Juga menjanjikan suasana terbuka dengan mengekalkan privasi keluarga anda.

Setiap kediaman memberikan ruang, privasi, dan keselesaan. Susun atur dalaman yang luas menawarkan lebih banyak ruang berbanding dengan rumah teres biasa. Manakala serambi yang boleh memuatkan dua kereta dan lot tanah yang besar akan lebih memudahkan anda meletak kereta dengan selesa.

Ruang untuk Setiap Yang Bermakna

Reka Untuk Selesa

Dilengkapi empat bilik tidur yang direka dengan teliti, termasuk bilik utama, bilik mesra warga emas lengkap dengan bilik mandi peribadi. Serta dua bilik yang selesa untuk anak-anak. kediaman ini memberikan ruang sempurna untuk setiap ahli keluarga merasa selesa dan dihargai.